BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, October 27, 2010

TUGASAN INDIVIDU


APLIKASI SENI DALAM PENGAJARAN
1.0  PENGENALAN
Seni merupakan sesuatu yang subjektif untuk digambarkan. Seni itu indah dan halus. Seni bukan sahaja diaplikasikan dalam satu bidang tetapi dalam beberapa bidang seperti seni suara, seni tari dan seni lakon. Kesemua seni yang dinyatakan tadi merupakan seni yang memerlukan pergerakan, suara, dan ekspresi dalam melahirkan sesuatu yang indah dari dalam diri kita. Seni juga diaplikasikan dalam pengajaran. Pengajaran memerlukan pemahaman dan pemahaman memerlukan tarikan yang menarik dan kreatif. Seni yang disematkan dalam setiap pengajaran haruslah memberi satu nilai dalam jangka masa yang panjang dan memberi impak yang positif untuk seseorang individu.
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ketiga, (1997), halaman 1244-45, seni membawa maksud halus iaitu kecil, elok, tipis dan halus, enak didengar iaitu mengenai suara, comel bentuk badan.  Selain daripada itu juga, seni boleh ditafsirkan sebagai membawa maksud atau pengertian kebolehan mencipta sesuatu lukisan, ukiran, khat dan sebagainya.
   Seni Dalam Pendidikan ini dilaksanakan dalam bentuk teori dan amali. Tumpuan diberi kepada aktiviti yang mendorong murid-murid menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai. Penekanan juga diberi kepada aspek penglibatan secara aktif dan menyeronokan serta pembelajaran dan pemindahan pembelajaran yang berkesan untuk meningkatkan perkembangan individu yang menyeluruh. Di samping itu, mengintegrasikan tiga kompenan yang mampu melengkapkan pembinaan otak kanan dan otak kiri. Ia bertitik tolak daripada pengintergrasian inilah perkembangan menyeuruh dari segi jasmani , emosi, rohani dan intelek akan berlaku.

2.0   APLIKASI SENI DALAM PENGAJARAN

            Aplikasi seni dalam pengajaran mengikut apa yang difahami ialah menggunakan aktiviti yang berkaitan dengan seni seperti tarian, nyanyian, sajak, pantun, muzik, dan lain-lain lagi dalam proses pengajaran seorang guru.  Aplikasi seni dalam pengajaran dapat digunakan bagi menarik minat para pelajar mengikuti proses pembelajaran di samping dapat meransang minat pelajar untuk memberikan fokus yang sepenuhnya kepada isi pelajaran. Aplikasi seni di dalam pengajaran juga dapat memperkembangkan kemahiran meneroka dan pengalaman yang tersediri kepada setiap pelajar. Hal ini boleh dikatakan seni memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Peranan Seni dalam Pendidikan mengikut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan di rujuk sebagai “3R” iaitu membaca, menulis dan mengira. Penggunaan huruf, “R” adalah satu perkataan yang sesuai digunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi mungkin tidak dalam Bahasa Melayu. Seni perlu dijadikan “R” keempat atau literasi asas kerana Seni dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Terdapat 3 bidang utama dalam mata pelajaran ini iaitu Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan. Antara peranan-peranan Seni Dalam Pendidikan ialah proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok. Tambahan pula, pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsur seni dan berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur dan papan tulis sebagai media dalam penyampaian maklumat dapat menjadikan murid berasa lebih seronok.
      Selain itu, murid akan berasa lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar. Seni juga dapat memupuk nilai kerjasama secara semula jadi, kebanyakan aktiviti Seni Dalam Pendidikan tidak dapat mengelakkan murid-murid daripada terlibat dalam kegiatan yang berunsur kerjasama. Aktiviti berkelompok menuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama. Aksi-aksi yang terdapat dalam Seni Dalam Pendidikan merangkumi aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan mempunyai titik tolak interaksi sosial yang terjalin melalui deria sentuh.
 Aplikasi seni dalam pengajaran dapat memenuhi keperluan sosial yang asas apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti –aktiviti yang sesuai dengan minat dan kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi ideal yang dapat memenuhi kedua-dua matlamat sosial iaitu kemilikan dan keinginan diterima sebagai anggota kelompok. Selain itu, murid-murid mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompok dan pada masa yang sama memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan Seni Dalam Pendidikan, keperluan untuk belaian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberi sebaik sahaja mereka mempersembahkan aktiviti yang menarik. Perhubungan mesra antara murid dengan murid dapat mewujudkan suasana yang harmoni dan menyebabkan murid merasakan bahawa guru dan rakan-rakan prihatin terhdap dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki.
 Di samping itu, murid berpeluang untuk menjalani proses penerokaan semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkan sebagai penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui. Penerokaan dapat dilaksanakan dengan cara menjelajah. Namun begitu, proses ini memerlukan pelbagai bahan dan kaedah. Pengalaman meneroka juga merupakan sesuatu situasi pembelajaran. Meneroka dijalankan dengan membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Penerokaan terbahagi kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan, cara pengelohan dan manipulasi serta idea dan isi kandungan.
Selain itu, guru juga boleh mengaplikasikan unsur seni persembahan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah lakonan yang dilakonkan sendiri oleh para pelajar dapat memberikan satu pengalaman kendiri yang berharga disamping dapat memberikan kesan mendalam kepada pelajar terbabit. Luahan perasaan dan aras keyakinan yang tinggi. Perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterima sama ada ia bersedia atau tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapat memberikan sumber manfaat dan kerugian kepada seseorang. Guru boleh mendapat tahu perasaan sebenar murid melalui tingkah laku yang dipamerkan. Murid yang menyertai aktiviti-aktiviti seperti permainan boleh mewujudkan suasana keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dalam menghadapi persaingan dan cabaran. Individu yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang mengenai pandangan orang lain terhadap dirinya. Oleh itu, setiap aktiviti yang dilakukan perlulah ada keyakinan supaya dapat menjamin keberkesanannya.
Melalui pengajaran seni dalam pendidikan pelajar akan memperolehi pengalaman optima yang membawa kepada keyakinan diri dan kemahiran belajar. Selain itu, faedah yang akan diperolehi oleh murid ialah dapat memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi. Para pelajar juga dapat belajar dengan lebih afektif dengan adanya seni dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Di samping, seni juga dapat  menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh kerana mempunyai hubungkait dengan gerak hati, celik akal dan kecerdasan.






3.0 PENUTUP

            Kesimpulannya,
seni dalam pengajaran amat penting untuk diaplikasikan oleh semua guru bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Kesemua bidang Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual, muzik dan pergerakan perlu diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek ini mempunyai motif dan peranan yang sama. Pengintegrasian ini akan memperkukuhkan dan memantapkan lagi kefahaman pelajar tentang tajuk-tajuk yang diajar. Tambahan pula, Seni Dalam Pendidikan akan menjadikan mata pelajaran yang dipelajari oleh murid di sekolah menjadi lebih seronok. Selain itu ia membantu guru itu sendiri untuk memahami diri sendiri. Kemudian ia juga membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah. Hal ini juga dapat memotivasikan guru untuk menjadi lebih kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Di samping itu, ia juga membantu perkembangan insane secara seimbang dan menyeluruh.

4.0  BIBLIOGRAFI
Raising The Soft Volume: Seni Dalam Pendidikan (2009). Diperolehi pada September
            27,2010, daripada: Http.www. raisingthesoftvolume.blogspot.com/2008/07/seni-
            dalam.

Seni Dalam Pendidikan (page 1)- Budaya & Seni (2008). Diperolehi pada Oktober 2, 2010
            daripada: Http.www. mforum.cari.com.my/archiver/?tid-277790.html
Pengaruh Pendidikan Seni terhadap Perkembangan Otak Anak (2009). Diperolehi pada
            Oktober 10, 2010 daripada: Http.www. melindahospital.com/modul/user/
detail_artikel.php?id==893_Pengaruh-Pendidikan-Seni-terhadap... - 41k –

Sarang Pendidikan-Kreativiti:Cabaran antara Pendidikan Seni (2009). Diperolehi pada
            Oktober 24, 2010 daripada:Http.www. flow-sharul.blogspot.com/2009/07/
            cabaran-antara-pendidikan-seni-visual.html - 91k -


0 comments: